Hampir enam bulan bergelar suami, penyanyi Aiman Tino mengakui ada peminat yang cuba bermesra serta menggedik dengannya.
Memetik Kosmo, Aiman berkata ada juga yang cuba memegang tangannya meskipun ketika itu isterinya ada disebelah.
BACA: Aiman Tino Tak Mahu Terlalu Tegas Terhadap Isteri
“Masih ada peminat yang cuba mendekati atau menggedik, contoh macam cuba pegang tangan walaupun isteri saya ada di sebelah.
“Adakalanya saya sendiri sampai rasa tidak selesa. Jika ada peminat yang cuba terlalu rapat, isteri saya akan menegurlah tetapi sebagai penyanyi saya akan cuba melayan peminat sebaik mungkin,” katanya.
Menurut Aiman lagi, dia melayan peminat dengan mesra sebelum berkahwin namun sebagai suami dia perlu meletakkan batas dengan peminat.
“Sebelum ini mungkin saya suka bersikap mesra dengan peminat, sekarang saya meletakkan batas dan lebih berjaga-jaga.
“Orang pun hormat sebab sebelah saya ada isteri. Sendirilah ingat sudah jadi suami dan ada isteri tidak boleh seperti dulu lagi,” katanya.
Untuk rekod, Aiman mendirikan rumah tangga dengan Syarah Haifa pada 27 April lalu.