Pelakon Kamal Adli memberikan sokongan kepada Sepanyol untuk menang Piala Dunia 2026 serta menewaskan Agentina pada perlawanan akhir pada Isnin depan.
Memetik Oh Bulan, Kamal berkata dia mahu Sepanyol menang kerana pemain pasukan itu iaitu Lamine Yamal yang memberikan sokongan kepada negara Palest*n.
BACA: “Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dah Boleh Panggil Saya Ayah”
“Saya sokong Sepanyol untuk menang sebab ada Lamine Yamal. Dia seorang muslim dan juga menyokong Palest*n. No Argentina sebab saya geng Cristiano Ronaldo. Tolonglah Sepanyol menang, tidak kisah berapa pun skor, asalkan menang,” katanya.
Sementara itu, Kamal mengakui Argentina bukan lawan mudah namun dia melihat Sepanyol juga turut mempunyai kelebihan.
“Kalau ikut logik, Argentina ada peluang besar untuk menang. Tapi melihat rekod, kedua-dua pasukan sama-sama kuat. Saya berharap akan ada keajaiban untuk Sepanyol pada malam final. Sudah beberapa kali Argentina mula-mula tiada jaringan, hujung-hujung permainan masuk gol,” katanya.
Sumber: Oh Bulan