AC Mizal & Isteri Hadiahkan Anak Kereta Mewah Sempena Hari Jadi Ke-18
Perkongsian pengacara terkenal Dato AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video kejutan buat anak bujang mereka, Muhammad Reeve Damien.
Menerusi video itu, AC Mizal dan isteri menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedez Benz sempena ulang tahun kelahiran Damien yang ke-18.
BACA: AC Mizal Pernah Makan Tisu Dengan Kuah Roti Canai Orang, Isteri Tak Tahu
View this post on Instagram
Melihatkan pada video itu, Damien dilihat membelek kereta miliknya yang dihiasi reben seakan tidak percaya serta gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.
Diakhir video itu, turut kedengaran Emylia menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk belajar bersungguh-sungguh.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah kepada Damien serta berharap dapat berbakti kepada ibu bapanya.
Alhamdulillah rezeki anak ko.. Anak2 dengan bini dulu dapat layanan yang sama tak?
baru nak tanya soalan sama..
Seorang bapa yang zalim. Semoga mendapat yang setimpal. Nanti bila tua uzur, anak yang ini tak nak jaga kau, jgn kau meratib carik anak anak yang kau tinggalkan dulu. Semoga tersungkur tersembam ke tanah.
Kak.leha x baik bersangka buruk..mungkin ac ada belikan anak yg lain cuma x uplload kat socmed aje kot..betul x ac? Cer jwb huhu
kahwin pertama kalau gagal kalau boleh semua benda tak nak ingat dah. tapi ada nyawa kan.. bagi je la basic stuffs
aku hairan org kite2 ni, nk kasi tahu seluruh dunia ke, artis2 hollywood/bollywood/kollywood.. tak pun ckp mlh bodyguard je yg pandu dn buka pintu…gituuuu
riak dan nak menunjuk nunjuk kemewahan. Yan kelompok b40 menangis tak berlagu, nak bayar hutang motor kat bank pun susah
Dah agak dah. Sedang tunggu crita selitberiti pompuan melamar gadis muda utk dijadikan isteri ke2 sebagai hadiah harijadi somi.
Semoga anak2 dari isteri pertama juga mendapat hadiah yg selayaknya
Anak dr perkahwinan pertama ada dpt hadiah tak?
Kes nafkah yg beberapa ratus tu dah jadi ribu2 ke sebulan?
Ke sbb ank2 dah besar, dah keje, xperlu bagi hadiah lagi?
Anak kau dapat ape Milah? Ape dia?…basikal je, ptuiii
Semoga AC bagi layanan yg sama utk anak2 dr bekas isteri dulu…
Jangan lupa nafkah utk 2 anak lagi ye