Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan.


Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.

Itu’lah dua baris ayat terbitan Berita Harian hari ini yang membayangkan Fasha Sandha bakal merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular.

Kalau pun penulis ini seorang yang bergelar kipas susah mati Fasha Sandha, jangan’lah bagi maklumat yang membunuh keterujaan orang ramai.

Kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular ini seperti ramai sedia maklum merupakan kategori yang boleh di’ramal siapa pemenangnya — bukan Fasha Sandha.

Undian terbuka yang kami buat khas untuk pembaca RotiKaya juga tidak menunjukkan sebarang tanda Fasha Sandha bakal menang — kini di’dahului oleh Scha al-Yahya.

Kami juga ada perasaan was-was yang tulisan wartawan Berita Harian ini ada maksud tersembunyi untuk kepentingan syarikat.

Mana’lah tahu, tuan badan menulis ayat sebegitu untuk membakar peminat Tiz Zaqyah untuk membeli akhbar Berita Harian untuk mengundi.