fbpx

Abby Abadi Sekali Lagi Tuntut Hutang Nafkah, Kini Berjumlah RM46,000?

Ah come on Rotikaya, don’t be a dick. Ini hari bahagia orang, jangan hancurkan kebahagian RM12 juta mereka. La la la laa laaa.

Majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza baru sahaja selesai di Kota Tinggi, Johor.

Dan ramai nampaknya mempertikai majlis tersebut yang di’katakan tidak segah yang di’canang.

Untuk pengetahuan kita semua, sponsorship yang gah & besar adalah untuk majlis di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur 28 September ini.

Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menatap kebahagian Norman Hakim & Memey Suhaiza, nampaknya Abby Abadi masih ingat akan janji dan tanggungjawab terdahulu Norman Hakim.

Menulis di laman Facebook rasmi beliau, Abby Abadi seakan memerli Norman Hakim yang di’katakan ‘kurang comel’ di hari pernikahan beliau Sabtu lalu kerana belum membayar hutang. 

Ini lebih menarik, menurut maklumat dalaman kami yang merupakan orang atasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Norman Hakim masih terhutang nafkah sara hidup anak anak sebanyak RM35,000 sehingga ke hari ini.

Jadi, dengan hutang wang hantaran perkahwinan dengan Abby Abadi sebanyak lebih RM11,000, maka jumlah hutang Norman Hakim kepada keluarga pertama beliau sehingga kini adalah lebih RM46,000.

Menurut sumber itu lagi, pada malam sebelum majlis pernikahan Norman Hakim berlangsung, Abby Abadi ada menelefon sang bekas suami bertanyakan perihal hutang ini, namun jawapan’nya hampa.

Sebenarnya kami simpati dengan Norman Hakim, perkahwinan jutaan ringgit bukan datang dari poket beliau dan masih orang akan berkata, “…kahwin juta juta mampu, nafkah sara hidup anak belum bayar”.

Kami pasti Norman Hakim sudah mempunyai pelan yang tersusun untuk menjadi ayah & suami yang bertanggungjawab selepas ini. Seperti kata beliau kepada semua media baru baru ini. Harap’nya.