“Abang Nak Melur Tak Malam Ni?” – Skrip Babak Drama Ini Dikritik Lucah
Pasti ramai tahu, drama lakonan Merqeen dan Anna Jobling iaitu Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena sehingga turut digilai oleh penonton dari Indonesia.
Bagaimanapun, baru-baru tular babak drama tersebut di aplikasi TikTok dimana dialog yang digunakan dianggap lucah sehingga ramai yang kurang senang.
Rata-rata netizen beranggapan skrip digunakan itu menunjukkan perbualan realistik antara suami dan isteri namun ia tidak sesuai ditontonkan kepada umum.
“Melur lagi suka tengok muka abang, badan abang. Abang nak Melur tak malam ni?” – Skrip yang digunakan.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa drama berkenaan mempromosikan soft porn. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa terkejut bagaimana dialog berkenaan boleh ‘lepas’ untuk dipertontonkan kepada umum.
- SUMBER
Aku pun x reti nk respon sbb bg org dewasa benda tu mungkin biasa. Bg remaja mungkin benda ni buat mrk berimaginasi tp bg kanak2 mrk x rasa apa pun. Tp kalau nk cerita bab lucah ni aku tngk bnyk adegan2 dlm anime jepun yg mmg betul2 lucah pun. Itu x masuk drama2 korea, thai, pinay dll produk luar yg anak2 muda remaja dan kanak2 boleh tngk di youtube dll streaming media di internet! Tu lom citer bab game dan iklan yg tiba2 pop up dlm internet pd phone kita! Jd elemen lucah ni mmg hari2 ada dikeliling kita! Termasuk kata2 org dewasa bersembang dirumah yg kdg2 mrk x perasan anak2 dengar dan terpengaruh.
Betul @Fan dunia sekarang dah lain pesat & banyak menyesatkan…sgt menakutkan…tapi pada aku ttp tak boleh lawan babak dokong zul aripin…itu paling teruk dlm cat drama melayu
cerita ni mmg tkde manfaat. Cerita melayu skrg bnyk yg mndtgkn maksiat. dgn aurat terbuka.