Tahniah diucapkan kepada Abam Bocey yang bakal menamatkan zaman bujangn bulan depan bersama wanita pilihannya yang didakwa kenalan lama. Difahamkan majlis pernikahan bakal diadakan pda 8 Disember di rumah pihak perempuan dan keesokannya di kediaman lelaki.

BACA: Gadis Sabah Berjaya Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


“Saya mahu kumpul harta terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apabila berkahwin, saya mahu ada kediaman sendiri.
Insya-Allah, saya akan membawa ibu tinggal bersama saya dan bakal isteri. Siapa lagi diharapkan membahagiakan ibu jika bukan anaknya sendiri”

Jika masih ingat sebelum ini Abam pernah berbicara mengenai hubungannya dengan seorang wanita Sabah, namun dalam soal jodoh, manusia hanya mampu merancang. Menurut Abam, hubungan cinta diantara beliau dan gadis terbabit baru sahaja terjalin baru-baru ini.

Bagaimanapun buat masa ini, Abam masih berteka-teki dengan wajah bakal isterinya. Apapun tahniah sekali diucapkan kepada Abam, semoga segala rancangan persiapan perkahwinan akan dipermudahkan olehNya. (rtky/w)