fbpx

Aaron Aziz Mohon Henti Sebar Cerita Kak Long 7E

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Datuk Aaron Aziz menyeru netizen supaya berhenti menyebarkan cerita mengenai wanita dikenali sebagai Kak Long 7E yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Aaron lagi, wanita itu sudah pun memohon maaf serta kasihan dengan anaknya yang mungkin akan diejek di sekolah kelak.

BACA: Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Doktor Saran Perlu Jalani Pembedahan

“Di sini, saya minta jasa baik netizen semua untuk berhentilah memuat naik semula (repost) mengenai Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.

“Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa. Kita doakan yang baik-baik saja. Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aaron turut mengatakan bahawa tiada manusia yang sempurna dan adalah lebih baik jika kita memaafkan.

“Tiada yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak memburuk-burukkan,” tulisnya.