A.Aida Takkan Beri Tawaran Berlakon Kepada Hafidz Roshdi
Penerbit popular, Datuk A Aida tidak akan menawarkan Hafidz Roshdi peluang berlakon dalam drama atau filem terbitannya susulan kontroversi terpalit pelakon itu.
Memetik BH Online, Aida berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sentimen ditunjukkan masyarakat serta tidak mahu drama atau filem terbitannya dikecam.
BACA: “Berzina, Mandi Wajib Bersama” – Shuhada Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Hotel?
“Bagi saya, apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat. Jadi, ini akan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya andai perkara seumpama itu terjadi.
“Jadi, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada ‘rating’. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam. Disebabkan itu, saya mahu elak,” katanya.
Bagaimanapun, Aida berkata dia bersedia mempertimbangkan untuk memberikan tawaran berlakon jika Hafidz menyesal akan perbuatannya itu.
Tambahnya, dia sedia memberi peluang kepada pelakon sensasi namun bergantung kepada masalah terpalit mereka.
“Seperti sekarang, Ismail Izzani sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Untuk hal ini, saya tiada masalah.
“Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.
“Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya. Dia tiada masalah dan sanggup belajar.
“Misalnya, dalam menguasai bahasa isyarat, kita panggil guru untuk Ismail belajar dan dia cepat ‘tangkap’,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Ya, jangan ambil Hafidz lagi. Biar dia kerja bouncer kat kelab malam. Tapi kalau sesama lelaki, rasanya teruk Hafidz yang kena pukul. Berani dengan perempuan aje.
Macam ni lah, Aida – sebagai pengganti watak Hero, ambil lah saya… Kazar Sexy. Tentu filem meletup! Sebab saya ni femes.
Kasar sexy ni yg motak licin tu ke?? Sexy ke kau atok kasar oii? Atau seksa? Hahaha…
Klau ambik ko berlakon filem x kan laku la atok motak oiii.. dah x larat dah..
Kazar sexy?! Bluekkk…rasanya lebih baik beri peluang pada yg betul2 handsome & peribadi baik untuk jadi hero. Kaki pukul tak baik untuk image company, tapi begitu juga kaki perempuan, kaki mabuk, suami org paling tak best. Kalau handsome giler maybe…tapi kalau muka Mail pun seangkatan muka Kazar…jenis boleh jadi hang kebun…pelakon extra. Ramai lagi lelaki2 handsome kak, masa untuk scout clean good-looking fresh face…
Kazar sexy???? Uwekkk. Boleh la buat drama Mat Silau Cekau…
Hahaha..
Yup ..all pengarah …jangan bagi mamat dayus ni berlakon
Slaaayyyy Mama…Slaaayyyy !!!!
Sampai hati ada beberapa orang kat sini mengata aku! Begitu prejudis & berat sebelah. Ini mungkin dengki. Kalau tua, botak pun, apa masalahnya? Tetap sexy. Menjadi Sex Symbol gitu. Idaman wanita-wanita, khususnya janda.
Kepada A. Aida, tentu pernah dengar apa yang ramai orang cakap. Ada yang kata “Kazar Sexy ni ada iras George Clooney”. Ada pula kata macam Mel Gibson.
Dua-dua ada kebenaran. Kalau watak hero yang berumur 20an, awal 30an, amat cetek. Penerbit perlu ikut cara Hollywood. George Clooney, Mel Gibson, Keanu Reeves dan Kazar Sexy semuanya sesuai pegang watak utama. Sebab ada Sex Appeal.
Kasar sexy motak..uuuwekkkkk
Baik KO g terjun bangunan.perasan ko. KO dah mati pucuk pakcik oii.usah berangan..kikiki