Baru saja mendirikan rumah tangga, Mawar Rashid tidak mahu terburu-buru mempunyai cahaya mata. Jelasnya, buat masa ini mereka belum merancang untuk mempunyai anak kerana masih belum puas bermanja.
BACA: Mawar Rashid Pernah Jual Bedak Untuk Hidup
“Tanggungjawab sebagai seorang ibu sangat besar jadi kami merancang tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini. Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu”
Pun begitu, andai diberikan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini, Mawar tidak menolak. Dedahnya lagi, sehingga sekarang pun mereka masih belum sempat untuk berbulan madu kerana urusan kerja yang terlalu banyak.
“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja. Tetapi kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya,” jelasnya kepada m Star Online.
Nasib baik Mawar sudah mempunyai anak-anak tiri, jadi tidaklah sunyi di rumah. Kalau tengok di Instagram pun, Mawar banyak menghabiskan masa di luar negara berjalan dengan suami ya. (rtky/w)