“Kalau Tak Sakit, Tak Boleh Solat Dalam Kereta” – Mufti

Berikutan kontroversi Fathia Latiff menunaikan solat di dalam kereta baru-baru ini ramai memberikan pendapat mengenainya, ada yang menyokong ada juga yang mempertikaikan perbuatannya itu.

Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, tindakan pelakon itu yang sengaja menunaikan solat, hanya kerana ingin mengejar waktu tanpa keuzuran atau sakit di dalam kereta tidak tepat.

BACA: “Solat Itu Urusan Saya Dengan Allah”

“Kita kena tahu dia punya cerita yang menyebabkan dia bersembahyang di dalam kereta. Tetapi kalau keuzuran (sakit) seperti kena gout sehingga tidak boleh ke masjid, jadi kita sembahyang di dalam kereta dan menghadap ke kiblat”

“Tapi jika tidak keuzuran (sakit) tidak boleh sebab sembahyang kena ada hukum perbuatan mesti kena ada rukuk, sujud tetapi di dalam kereta boleh sujud ke?”

“Nak mengejar waktu itu bukanlah alasan, ada tempat dan masa untuk kita sembahyang seperti biasa tiba-tiba pilih untuk solat dalam kereta itu memang tidak tepatlah,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Semalam pula, Fathia bersuara mempertahankan tindakannya dengan menyifatkan perbuatannya itu urusan diantara beliau dan Allah. Malah katanya, beliau juga tidak sedar aksinya menunaikan solat dirakam oleh rakannya.

Sebelum ini tindakan Fathia itu mencetuskan perdebatan dikalangan peminat yang rata-rata mempertikaikan solatnya. Jadi sekarang sudah jelaslah bahawa tindakan Fathia itu tidak tepat dan mungkin selepas ini Fathia akan lebih peka. (rtky/w)

×