Baru-baru ini, bekas suami Intan Liana iaitu Ude Wahid telah memuatnaik gambar roti telur dengan kapsyen yang mendundang kecaman namun ruangan komen tidak dibuka membuatkan warga laman sosial pastinya tidak tahu arah tuju untuk meninggalkan kecaman seperti biasa dilakukan.
BACA: Ude Mohon Intan Liana Jangan Berdrama
Melalui kapsyen roti telur yang disediakan oleh isterinya itu, Ude menekankan penggunaan ayat move on – di mana bagi pengikut Intan, ibu tunggal itu pernah menyatakan bahawa kini dia sedang dalam proses memulakan kehidupan baru dan move on dari kisah lama.
Namun motif sebenar hanya empunya badan yang mengetahui. Jika dilihat sekarang, Instagram Intan memang meriah dengan pelbagai tawaran dan juga slot pengiklanan. Pastinya perkara ini membuatkan Intan sibuk dan bertabahlah dalam memulakan kehidupan baru.
Memandangkan Malaysia ini luasnya hanya sekangkang kera, adalah lebih baik masing-masing fokus untuk memperbaiki kehidupan masing-masing. Sekurang-kurangnya dengan lebih banyak berusaha ke arah kebaikan akan membawa lebih kedamaian. (rtky/s)