Baru 17 Hari, Siti Dedah Rahsia Hilang 14Kg

Sejak melahirkan puteri sulungnya, rata-rata peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaru Datuk Siti Nurhaliza. Apa saja yang berkaitan Siti Aafiyah, pasti akan menjadi perhatian.

Baru-baru ini, Datuk Siti kongsikan beliau kini hilang berat badan 14 kg selepas melahirkan. Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau mengalami penyusutan berat badan disebabkan perlu berjaga dan Siti Aafiyah kuat minum susu. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih dengan anaknya kerana membantu menurunkan berat badan.

Sementara itu, Siti turut kongsikan perkembangan dirinya dan anaknya dalam keadaan sihat. Rata-rata netizen gembira dengan perkembangan Datuk Siti dan Aafiyah. Ramai juga yang memuji Siti kini semakin cantik dan berseri-seri.

Ada juga peminat yang turut kongsikan pengalaman sama seperti Siti yang mengalami penurunan berat badan kerata selepas melahirkan.

Siti nampak macam budak sekolah

×