Masih belum berakhir nampaknya isu tentang wang hantaran yang berlaku di antara Elfira Loy dan juga Sufian Suhaimi walaupun sebelum ini perkara tersebut sudah dinafikan oleh Sufian sendiri. Baru-baru ini melalui akaun Twitter dylawok, beberapa screenshot yang didakwa adalah dari ibu Elfira sendiri telah dikongsikan.
BACA: “Wang Hantaran Bukan Punca Putus Tunang”

Jika diikutkan daripada luahan di Insta Stories tersebut, akaun berkenaan menyatakan cara mudah untuk menyimpan wang hantaran secara harian – dengan menyimpan RM20 untuk setiap halaman al-Quran yang dibaca.
Selain itu dalam satu lagi perkongsian, akaun Instagram tersebut menyatakan bahawa memang seharusnya mereka tidak berjumpa oleh kerana tindakan pihak lelaki tersebut sebelum ini yang meninggalkan yang lama demi mendapatkan kekasih baru.

“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu,” memetik kenyataan tersebut.
Tidak tahu bila perkara ini akan berakhir, namun jika benar apa yang ditulis untuk pihak yang didakwa sebagai ibu Elfira tersebut, sedikit sebanyak perkara ini bagai membuka sedikit demi sedikit apa sebenarnya yang menjadi punca perpisahan pasangan ini.
Sehingga kini pihak keluarga Sufian Suhaimi masih belum dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang terjadi. Moga perkara ini dapat diselesaikan dengan pantas tanpa perlu memanjangkan lagi kisah yang sebelum ini sememangnya tidak diketahui ramai. (rtky/s)