fbpx

“Ayat Islamik, Tapi Gambar Lucah”

Bila baca kepsyen yang ditulis Iqram Dinzly dengan ucapan Islamik mengenai nikmat Allah, sejuk hati mendengarnya. Tapi gambar yang dimuat naik bersama macam tidak selari dengan apa yang diperkatakan.

BACA: Iqram Dinzly Mohon Maaf

Menerusi kemas kini terbaru di Instagram, Iqram telah memuat naik gambar memeluk sebuah patung wanita berserta tangan yang diletakkan di atas payudara patung itu. Apa yang mencetuskan kemarahan, ayat-ayat Islamik yang mengiringi gambar tidak senonoh itu.

Rata-rata naik angin semua peminat melihatnya. Ada mendakwa Iqram seolah mempersendakan agama Islam dengan memuat naik gambar seperti itu tetapi mengucapkan syukur dengan nikmat Allah. Ada juga mengatakan Iqram sudah terpesong dari ajaran sebenar.

Kami pun tidak pasti apa yang cuba dilakukan Iqram dengan memuat naik gambar seumpama itu. Kalau bergurau pun rasanya tidak kena dengan tempat Iqram bergurau kali ini. Apapun harapnya Iqram tampil memberi penjelasan nanti. (rtky/w)