fbpx

Gambar Sekitar Majlis Bertandang Perkahwinan Ummi Nazeera

Selamat bernikah dan melangsungkan resepsi perkahwinan minggu lalu, semalam Ummi Nazeera dan suami diraikan sekali lagi dalam majlis bertandang. Majlis yang indah itu melihatkan Ummi dan suami cukup anggun dan kacak memakai persalinan songket berwarna kelabu lembut.

BACA: Ummi Nazeera, Suami Selamat Nikah 23 Julai Lalu

Menerusi Instagram, Ummi telah berkongsikan momen indah di sepanjang majlis yang berlangsung semalam. Turut meraikan pengantin adalah ahli keluarga di kedua belah, serta rakan-rakan rapat pengantin. Melalui perkongsian di media sosial, ramai yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah buat Ummi dan suami.

Untuk pengetahuan, Ummi dan suami sebenarnya bernikah lebih awal daripada tarikh pernikahan sebenar iaitu pada 23 Julai lalu sebelum melangsungkan majlis resepsi terbuka kepada umum pada awal Ogos lalu. Menurut Ummi, antara sebab beliau bernikah awal kerana menuruti permintaan keluarga agar pernikahan diawalkan.

Apapun tahniah diucapkan kepada Ummi dan suami diatas perkahwinan ini, semoga dengan ikatan ini dapat memberikan seribu kebahagiaan buat ummi. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga juga kepada pasangan ini. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis. Enjoice! (rtky/w)