fbpx

Baju Neelofa Di AME 2017 Dikecam Ramai

Disebalik kemeriahan malam kemenangan buat LoFattah, turut mencuri tumpuan pada malam Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) tempoh hari adalah busana yang digayakan Neelofa. Ramai yang hairan dengan padanan t-shirt dan skirt labuh yang digayakan itu. Bagaimanapun Neelofa menjelaskan, beliau sendiri memilih untuk memakai baju tersebut.

BACA: Neelofa Jadi Pilihan Majalah Forbes

“Ketika saya menghadiri pertunjukan fesyen di Paris, ini antara koleksi dari Dior. Saya memang sukakan baju ini kerana menepati apa yang saya mahukan. Saya tahu gabungan casual and glam belum ada buat sebab kita terbiasa dihidangkan dengan busana yang lip lap dan glamour”

“Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen. Apa yang penting, saya suka dan saya happy,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai kritikan peminat mengenai busana rekaan Fizi Woo yang digayakan pada malam AME 2017.

Menjadi mangsa fesyen bukanlah kali pertama buat Neelofa, sebelum ini juga beliau pernah menggayakan jump suit berwarna merah jambu berinsipirasikan karakter Power Rangers, manakala pada tahun selepas itu pula Neelofa memilih mengenakan gaun berwarna neon hijau yang turut disamakan dengan karakter Cell dalam siri Dragon Ball.

Tidak berhenti di situ, pada AME 2015, fesyen Neelofa sekali lagi dikecam teruk apabila beliau digelarkan sotong kerana tampil memakai busana Fizi Woo yang berwarna merah terang. Teruk benar kecaman yang diberikan itu, diharap lepas ini Neelofa lebih bijak dalam memilih pakaian.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar malam red carpet AME 2017 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin. Enjoice! (rtky/w)