Selagi seorang selebriti masih bujang dan tidak berkahwin maka selagi itulah soalan mengenai perkara itu akan ditujukan. Bagi Iqram Dinzly sendiri, dia mengakui tertekan apabila diasak soalan yang sama bukan saja dari media malah daripada keluarganya sendiri.
BACA: Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Difitnah Bermesra Dalam Kapal Terbang
“Ibu bapa yang faham dengan situasi saya juga sudah mula berusara. Pernah satu peringkat, saya jarang pulang ke kampung kerana selalu diajukan soal kahwin. Saya tidak tahu apa perlu dijawab lagi”
“Saya bukannya memilih, tetapi mencari pasangan tidak sama seperti memilih baju. Saya mahu berkahwin sekali seumur hidup, jadi saya perlu mencari pasangan yang serasi dan memahami”
“Insya-Allah, saya akan terus mencari kerana percaya jodoh setiap individu sudah ditetapkan Allah,” jelas pelakon ini yang sememangnya rapat dengan Soo Wincci selain menyifatkan bahawa wanita berkenaan sebagai wanita terbaik pernah ditemuinya kepada Berita Harian.
Sementara itu, Iqram yang juga pernah digosipkan bersama Uqasha Senrose sebelum ini hanya menganggap pelakon berkenaan sebagai adiknya selain menjelaskan bahawa Uqasha adalah terlalu muda buat dirinya. (rtky/s)