fbpx

Rita Rudaini Syukur Menang Kes Tuntutan Mutaah

Setelah berhempas pulas sekian lama, akhirnya pelakon Rita Rudaini berjaya mendapatkan hak mutaahnya dan dia turut berkongsikan kegembiraan tersebut bersama peminat di laman Instagram miliknya.

BACA: Aidil Zafuan Diperintah Bayar Rita Rudaini RM30,000

Rita Rudaini Bersyukur Menang Kes Tuntutan Mutaah - ROTIKAYA_in

“Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri”

“Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah,” antara kata-kata Rita di laman Instagram miliknya.

Perkongsian Rita mendapat sokongan daripada peminatnya yang juga sentiasa mengikuti perkembangan pelakon ini. Apa pun, tahniah kepada Rita di atas perjuangannya yang tidak putus-putus selama ini. (rtky/s)