fbpx

Sufian Suhaimi Hantar Rombongan Risik Elfira Loy

Akhirnya segala teka-teki terjawab apabila Sufian Suhaimi memberitahu keluarganya telah merisik Elfira Loy di kediaman pelakon itu semalam. Kedua-dua selebriti itu juga turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai detik majlis tersebut di Insta Story mereka sambil beraya bersama.

BACA: “Saya Mula Pandang Serius Hubungan Kami”

“Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. Saya menyenanginya, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami”

“Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya”

“Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Majlis merisik itu telah berlangsung di Cheras semalam dengan pemberian sebentuk cincin tanda hubungan serius yang terjalin diantara mereka sejak empat bulan lalu. Bagaimanapun setakat ini pasangan ini masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka.

Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga segala persiapan dan perancangan ke fasa seterusnya akan berjalan lancar. (rtky/w)