fbpx

OMG! Katy Perry Antara Artis Dalam MTV World Stage Live in Malaysia 2010

Jika tahun lepas mereka membawakan band sensasi All American Rejects ke pentas muzik Malaysia, kali ini barisan artis yang hadir lebih hebat.

MTV World Stage Live in Malaysia 2010 akan berlangsung 31 Julai ini bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach.

Walaupun penganjur mengumumkan yang mereka turut membawa masuk Tokio Hotel & Wonder Girls selain band tempatan Bunkface, fokus kami kini lebih kepada Katy Perry.

Kerana apa? Kerana citarasa unik Katy Perry dalam membuat persembahan live yang boleh kami kata 60% menyamai trademark Lady Gaga.

Mungkin video persembahan Katy Perry ketika Youtube Live ’08 boleh memberikan sedikit gambaran tentang apa yang mungkin Katy Perry bawakan nanti.

Dan, secara tiba-tiba juga Wonder Girls tidak cukup kuat untuk menarik perhatian kami dek kerana mengenangkan one hit wonder mereka — Nobody.

Kalau anda berminat untuk hadir, laman rasmi MTV World Stage memberikan pas percuma setiap beberapa jam kepada pengunjung bertuah. Apa tunggu lagi?

Video persembahan Katy Perry selepas ini. Harap kerajaan Malaysia tidak haramkan pemakaian bunny suit nanti (kemungkinan besar ya). Enjoice!