VIDEO HARI INI: Pertama kali kami dengar tentang kedai kopi baru ini, kami ingatkan ianya hanya parodi namun ternyata ia perniagaan parodi yang sah di sisi undang undang. Sila buka Dumb Starbucks di Malaysia. Kami tunggu.
Kedua dua mereka agak baru kembali menjalani kehidupan solo dan baru baru ini Liam Hemsworth & Nina Dobrev dilihat keluar bersama disamping rakan rakan lain dan menimbulkan spekulasi mereka bercinta. – Just Jared
Bakal bernikah kurang sebulan dari sekarang, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak tertekan untuk bergelar isteri kepada Syamsul Yusof dan turut berkata yang persiapan perkahwinan sudah selesai 60% sehingga hari ini. – Utusan Malaysia
Joseph Gordon-Levitt dan Seth Rogen akan kembali berganding dalam filem bertemakan perayaan Krismas tahun ini selepas kerjasama mereka pada 2011 untuk 50/50 dan bakal ada pelakon popular ketiga yang bakal menyertai mereka. – Vulture
Keghairahan para peminat untuk melihat kumpulan ini kembali aktif dengan lagu baru kini bermula selepas Girls’ Generation (SNSD) kongsikan sebuah teaser untuk lagu terbaru mereka Mr.Mr. yang akan keluar pada 19 Februari ini. – Soompi
Pernah bergelar bintang kanak kanak paling ikonik dan bergelar superstar sekitar 1930’an, Shirley Temple telah pergi meninggalkan kita semua pada 10 Februari lalu pada umur 85 tahun di samping ahli keluarga & orang tersayang. – US Magazine