VIDEO HARI INI: Kalau anda suka dengan filem aksi Indonesia The Raid: Redemption, ianya kini mempunyai sekual yang di’beri tajuk The Raid: Berandal dan di’arahkan oleh pengarah sama iaitu Gareth Evans & mengekalkan teraju seperti Iko Uwais, Yayan Ruhian & Raiden Integra.
Jamie Foxx di’khabarkan sedang berunding untuk membawa watak Martin Luther King Jr. dalam filem biopik ikon sejarah itu yang bakal di’arahkan oleh Oliver Stone dengan kerjasama stuido DreamWorks & Warner Bros. – The Wrap
Pelakon Datuk Rahim Razali diarahkan berehat selama sebulan daripada melakukan sebarang aktiviti seni selepas beliau selesai menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya pada 31 Oktober lalu. Doakan yang terbaik. – mStar Online
Kerana salah faham akan satu jenaka yang dikeluarkan oleh ahli keluarga beliau, Anne Hathaway di’laporkan kini sedang mengandung dan pemenang Oscar ini pantas menafikan laporan yang tersebar luas sepanjang hari semalam. – US Magazine
Bintang bola sepak Korea, Park Ji Sung telah disahkan oleh keluarganya sendiri bakal berkahwin dengan personaliti TV SBS Kim Min Ji dan majlis perkahwinan mereka mungkin berlangsung pada Mei 2014 kelak. Mereka berdua mula bercinta pada Jun lalu. – Soompi
Sejak kebelakangan ini, pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart di’khabarkan sering keluar bersama dan sumber terdekat mengatakan mereka kini sedang berusaha untuk kembalikan kehangatan cinta seperti dulu. Hmm. – Hollywood Life