fbpx

Natasha Hudson & Carleed Khaza Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Mungkin berita ini sedikit terlambat sampai ke pengetahuan kami tetapi tahniah di’ucapkan kepada pasangan suami isteri Natasha Hudson dan Carleed Khaza atas kelahiran anak sulung mereka bersama.

Menurut tulisan di Instagram Natasha Hudson, selebriti tersebut selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada sekitar 5.45 petang semalam dengan kaedah bersalin biasa.

Berkata kepada mStar Online bulan lalu, Natasha Hudson & suami telah pun memilih nama bakal anak mereka tetapi hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahiran.

Natasha Hudson dan Carleed Khaza berkahwin pada April 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha mempunyai seorang anak, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.