fbpx

Bercuti Dengan VIP: Rozita Che Wan Ambil Keputusan Berdiam Diri

Dua minggu lalu, seorang wartawan Berita Harian menulis satu dakwaan yang Rozita Che Wan telah terbang ke London untuk bercuti bersama seorang bekas menteri.

Rozita Che Wan di’khabarkan bukan hanya pergi berdua bersama adiknya, Ayu Raudhah tetapi di’temani VIP yang turut di’dakwa membiaya tiket penerbangan beliau.

Namun, dalam satu kenyataan baru kepada akhbar yang sama Rozita Che Wan berkata yang beliau memilih untuk berdiam diri untuk mengelakkan perkara ini berlarutan.

“Saya memilih untuk berdiam diri. Saya ambil pendekatan ini kerana selama ini pun selepas mengeluarkan kenyataan menafikan tetap ada yang terus memanjangkan’nya”

Aktress popular ini juga berkata yang beliau sudah tidak kisah dengan kontroversi dan juga tidak akan peduli akan apa lagi orang kata atau tulis selepas ini. Yeay?

“Isu gambar bogel sebelum ini pun tergantung sebenarnya. Bila dinafi, ada orang kata saya cuba coverline. Jawab atau tidak, ia tidak mengganggu kerjaya seni saya”