fbpx

Rozita Che Wan Nafikan Bercuti Bersama Bekas Menteri, Tekad Untuk Saman

Selepas satu, satu lagi kontroversi terpalit ke atas diri Rozita Che Wan yang pernah berkata beliau sendiri muak dengan kisah kisah tidak benar tentang dirinya.

Terbaru, ada dakwaan mengatakan beliau telah terbang ke kota London, UK baru baru bersama seorang VIP yang juga bekas menteri. Khabarnya siap dengan bukti tiket & dokumen.

Gossip tersebut juga menyebut Rozita Che Wan menerima tiket percuma daripada VIP tersebut & adiknya, Ayu Raudhah hadir bersama sebagai pengabur mata para peminat.

“Bekas menteri mana pula? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tidak faham dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul,” komen beliau.

Sinar Harian menghubungi Rozita Che Wan yang kini sedang berada di Jepun untuk Kiah Spy Jepun demi penjelasan terus dari pelakon wanita penuh kontroversi ini.

“Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya sudah lali dengan situasi seperti ini,” tambah Rozita Che Wan lagi hari ini.

Bercakap tentang dakwaan gambar bogel yang di’dakwa milik beliau, Rozita Che Wan bertekad untuk mengambil tindakan saman terhadap wartawan hiburan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.