Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.114)

Walaupun tiada kena mengena dengan dunia hiburan secara langsung, namun kami tetap ingin ucapkan tahniah kepada Manchester City atas kemenangan mutlak English Premiere League selepas kemarau selama 45 tahun. Yang ikhlas, penyokong QPR. – The Star

Masih lagi kisah The Avengers dan berakhirnya hujung minggu yang lalu menandakan filem berskala epik ini bakal menjadi filem pertama memecah rekod kutipan US$1 billion hanya selepas 2 minggu tayangan. – E! News

Tiada lain yang lebih menyeronokkan dari penggunaan karya anda oleh mereka yang benar benar memerlukan. Lagu popular Kelly Clarkson, Stronger kini memiliki video klip baru di’bintangi oleh pesakit kanser. Oh. – Just Jared

Bersempena Hari Ibu, ini senarai 10 supermodel Victoria’s Secret yang kini sudah bergelar ibu termasuk Heidi Klum, Adriana Lima, dan supermodel kegemaran kami Miranda Kerr (gambar). Selamat Hari Ibu! – The Wire

Selepas di’kejarkan ke hospital akibat keradangan otot baru baru ini, Zizan Raja Lawak sedar yang kerja dan wang bukan segala-galanya tanpa kesihatan. – mStar Online

VIDEO HARI INI: Tahun 2012 memang penuh dengan filem epik dan ini merupakan buah tangan terbaru dari comedian terkenal Will Ferrell & Zach Galifianakis berjudul The Campaign.

×