Debaran Menjelang Finalé MANIA

Yuna - Konsert MANIADebaran MANIA semakin hampir ke kemuncaknya. Semalam konsert separuh akhir MANIA telah berlangsung dengan penuh gah. Persaingan sengit ditonjolkan oleh para peserta bagi merebut tempat ke final MANIA pada minggu hadapan.

Teka-teki siapakah peserta yang bakal membuat persembahan di pentas akhir MANIA pastinya sudah diketahui umum. Antara nama yang layak ke final MANIA adalah Hazama,Stacy,Jaclyn Victor,Hafiz dan juga Aril. Bagi yang tidak layak, perjuangan anda masih belum selesai.

Menariknya konsert separuh akhir kali ini adalah, Hazama mengungguli carta undian buat kali pertama sepanjang program ini berlangsung ketika talian undian telah ditutup. Diikuti oleh Stacy dengan peratusan undian yang sama iaitu sebanyak 15%,Hafiz 13%,Jaclyn Victor 13% dan Aril 12%.

Tidak lengkap kiranya MANIA tanpa persembahan artis jemputan. Untuk minggu ini persembahan pembukaan dipersembahkan oleh Randy Pangalila, pelakon sinetron terkenal dari Indonesia.

Manakala persembahan penutup pula dipersembahkan oleh Yuna yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. Selain itu, antara artis yang memeriahkan persembahan beberapa bintang MANIA adalah Neelofa, Mia Sara Nasuha dan Man Kidal.

Teruskan menyokong bintang kesayangan anda. Jangan lupa menghantar undian anda.Konsert akhir MANIA bakal berlangsung pada 19 Mei 2012, Sabtu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kami di Rotikaya HQ mengucapkan tahniah kepada bintang yang layak ke peringkat akhir MANIA.

×