fbpx

PROMO: Menangi Album Terbaru Nidji, Liberty Hanya Di Rotikaya

Mungkin ada antara kalian semua yang perasan akan banner kecil nun kanan di’atas sana dan mula bertanya bagaimana cara’nya untuk menang.

Sempena dengan kunjungan Nidji ke seluruh Malaysia dua minggu lalu, pihak Universal Malaysia berbesar hati untuk memberikan 30 keping CD album terbaru Nidji berjudul Liberty.

Liberty merupakan versi tempatan atau pasaran Nusantara untuk album terbaru Nidji yang juga kini merancang album untuk pasaran dunia berjudul Victory.

Dalam album terbaru ini juga mengandungi dua hits yang kini telah pun menjadi siualan para peminat — Jangan Takut dan Indahnya Cinta.

Dan, bagaimana untuk anda semua menang album terbaru Nidji ini? Syaratnya mudah sahaja, pastikan anda mempunyai akaun Facebook yang benarkan kami untuk hantarkan private message

30 orang pertama yang komen entri ini menggunakan akaun Facebook akan kami hubungi untuk proses penghantaran hadiah.

Anda hanya perlu tulis — “Indahnya Menang Album Terbaru Nidji Di Rotikaya & Terima Kasih Universal Music Malaysia”. Panjang tetapi berbaloi. Go!