Pereka Fesyen Dedah Gaun Resepsi Dr Fie Berharga RM58,000

Pada Isnin lalu, berlangsungnya majlis bertandang pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie bersama suaminya, Kapten Amrul Nizar.

Dalam majlis serba indah itu, Dr Fie dilihat sungguh anggun mengenakan gaun mewah berwarna biru menyerlahkan lagi kecantikannya.

BACA: “Done Sayangku” – Dr Fie Dah Periksa CCRIS Suami Sebelum Kahwin

Turut menjadi perhatian perkongsian seorang pereka fesyen Eja Shahril mendedahkan gaun yang dipakai oleh Dr Fie bertatahkan batu swarovski itu bernilai puluhan ribu ringgit.

“RM58,000! Dr. Fie Anggun dalam Exclusive Powder Blue Couture, sentuhan diamond lace dan Swarovski hasil rekaan Eja Shahril. Hari yang cukup istimewa buat pasangan Dr. Fie & Captain Amrul.

“Bersempena majlis besar yang berlangsung pada hari ini, Dr. Fie tampil anggun dalam sebuah Exclusive Couture Dress rekaan khas daripada Eja Shahril.

“Sebuah persalinan yang bukan sekadar indah dipandang, tetapi dihasilkan dengan sentuhan seni dan ketelitian yang cukup istimewa,” tulisnya.

Sementara itu, Eja berkata busana yang dihasilkan serba mewah namun tetap mengekalkan elemen muslimah serta warna persalinan berkenaan dilihat tenang seperti personaliti Dr Fie.

“Menggunakan sentuhan diamond lace dan Swarovski, setiap perincian direka dan disusun dengan teliti bagi menghasilkan kilauan mewah yang mempesona, namun tetap mengekalkan keanggunan seorang wanita muslimah.

“Pemilihan rona powder blue yang lembut menjadi pelengkap sempurna kepada keseluruhan rekaan. Warna yang cukup tenang, feminin dan elegan, seindah personaliti Dr. Fie yang kita kenali,” tulisnya. 

Kredit: Eja Shahril

×