Bekas suami Syida Melvin iaitu Syafiq Azim tampil menjelaskan tindakannya menunaikan solat ketika berlaku kemelut dengan bekas isterinya siang tadi.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syafiq berkata dia memilih menunaikan solat untuk menenangkan diri serta menekankan untuk solat dahulu sebelum melakukan sesuatu.
BACA: Syida Melvin Terpaksa Buat Live Desak Bekas Suami Keluar Rumah
“Saya kena tenang sebab itu bila berlaku benda itu, saya pilih untuk solat. Bila solat, saya tenang. Kita kena solat, apa pun berlaku, solat dulu baru bertindak. Ingatkan saya nak buat kenyataan ini esok tetapi saya rasa esok orang ingat saya jahat,” katanya.
Sementara itu, Syafiq turut menafikan dakwaan berlaku kemelangan ketika pertelingkahan siang tadi hanya kecederaan pada jarinya sahaja.
“Gaji bibik tak benar. Kita bayar dua kali. Tiada orang tumbuk. Dia block jalan, saya berjalan. Yang tadi, situasi itu tak ada apa-apa kemalangan berlaku melainkan jari saya berdarah dan ada darah pada baju. Lain-lain tiada,” katanya.
Dalam satu video, Syida mendedahkan kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, Syafiq Azim secara live kerana sudah buntu untuk selesaikan isu berkenaan.
Syida berkata anak-anaknya akan mulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dan sudah lapan bulan dia tinggal di kampung serta menumpang di rumah kakaknya.
Sumber: Astro Gempak