Syida Melvin Terpaksa Buat Live Desak Bekas Suami Keluar Rumah 

Pelakon Syida Melvin berkata dia mendedahkan kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, Syafiq Azim secara live kerana sudah buntuk untuk selesaikan isu berkenaan.

Menerusi perkongsian video di Threads, Syida berkata anak-anaknya akan mulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dan sudah lapan bulan dia tinggal di kampung serta menumpang di rumah kakaknya.

BACA: “Aku Jual Laici Kang Kat Kampung Pun Di Hina” – Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Ibu Bapa

View on Threads

“Guys, kalau korang tengok video hari ini yang viral tu, Ya Allah aku dah sampai tahap di mana aku tak boleh mengalah lagi. Sudah lapan bulan saya dan anak-anak keluar dari rumah itu. Saya keluar kerana mahu lindungi kesihatan mental dan fizikal selain pemikiran dan mental anak-anak. Ada berlakunya penderaan mental.

“Caci maki dan hinaan itu merupakan perkara biasa bagi dia. Namun, sekarang ini, selepas habis iddah, saya dan anak-anak nak masuk semula ke rumah itu. Anak-anak saya mahu bersekolah.

“Sejak April lalu sehingga sekarang, saya terpaksa duduk di kampung dan anak-anak tidak bersekolah. Saya hanya gunakan khidmat private tutor,” katanya.

Sementara itu, Syida tidak menafikan rumah berkenaan adalah harta sepencarian namun mempersoalkan adakah dia dan anak-anak tiada hak untuk tinggal di kediaman berkenaan. 

“Saya ada hak ke atas rumah itu. Dia tak habis-habis kata rumah itu merupakan harta sepencarian. Memang benar tapi tiada ke hak saya untuk tinggal di rumah itu. Anak-anak nak bersekolah.

“Aku tak nafikan rumah itu bukan seratus peratus milik saya tapi bagilah ruang. Peguam saya sudah menghantar lima pucuk surat, dia hanya buat tak tahu dan keras kepala. Katanya, dia mahukan perintah mahkamah,” katanya.

×