Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berkata dia belum bersedia untuk menunaikan ibadah haji.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kak KM berkata Ustazah Asni pernah menitipkan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah haji bersama.
BACA: Kak KM Pilih Tak Kahwin Lagi Jika Suami Meninggal
Bagaimanapun, Kak KM berkata dia perlukan masa untuk mempersiapkan diri dan jika dia menunaikan haji dia memasang niat untuk menutup aurat sepenuhnya.
“Ustazah Asni ada cakap, dia doakan kami pergi buat haji sama-sama. Aku jujur, aku belum bersedia. Niat aku kalau balik haji, aku nak pakai tudung.” Tak sesuai la kalau nak teruskan imej begini. Orang dah panggil aku hajah KM,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia percaya dia akan menunaikan rukun Islam kelima itu apabila tiba masanya nanti.
“Sabar lah, mungkin belum masanya dipanggil untuk menunaikan haji,” katanya.