“Pada Saya Lebih Tenang, Easy Money” – Danny Seronok Bawa Grab

Penyanyi Danny berkata dia tidak terfikir berhenti kerja sebagai pemandu e-hailing meskipun X Factor sudah melancarkan single terbaru pada Jun lalu.

Memetik Astro Gempak, Danny berkata dia seronok melakukan pekerjaan berkenaan dan baru saja membeli kereta baru untuk keselesaan penumpang.

BACA: Danny X-Factor Seronok Jadi Pemandu E-hailing, Tak Mahu Meminta Duit Isteri

“Saya tidak terfikir untuk berhenti bawa Grab walaupun X Factor kembali ke persana seni selepas 17 tahun menyepi. Saya seronok malah baru sahaja menukar kereta baharu untuk enam tempat duduk,” katanya.

Sementara itu, Danny berkata pekerjaan tersebut tidak menjatuhkan maruahnya dan padanya lebih tenang kerana tidak perlu memikirkan perkara lain.

“Pada saya bawa Grab lebih tenang, easy money. Saya ambil kemudian ‘drop’, Tak perlu fikir soal production, call time atau nak hafak skrip. Yang penting penumpang saya selamat tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Danny berkongsikan dia boleh meraih pendapatan lumayan melalui pekerjaan itu dalam masa sama mempunyai banyak masa bersama keluarga.

“Saya biasanya memandu di kawasan lapangan terbang dan jika rajin boleh meraih pendapatan sehingga RM500 hingga RM600 sehari jika rajin. Biasanya saya keluar seawal empat pagi dan petang sudah pulang jadi waktu malam boleh habiskan bersama anak.

“Lagipun ia juga fleksibel saya boleh bergilir menjaga anak bersama isteri jika dia tidak ‘terbang’ (isteri Danny seorang pramugari). Paling penting dalam masa yang sama, saya masih boleh aktiif dan bergerak bersama X Factor,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak

×