Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan berkongsikan dia kerap memukul suaminya, Dr. Siew Jing Ding secara tidak sengaja ketika waktu tidur.
Menerusi perkongsian di Threads, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk atasi tabiat berkenaan.
BACA: “Tak Semua Orang Ada” – Elizabeth Tan Bangga Suara Unik

Sementara itu, Lizzy turut tertanya-tanya adakah mereka perlu tidur di bilik berasingan serta mengakui perkara itu sedikit kelakar.
“Saya tak tahu nak buat apa… saya kerap tak sengaja pukul JIm waktu saya tidur. Ini betul-betul masalah kena tidur bilik asing ke? Kesian jim hahah ia bukan sesuatu yang kelakar tapi ia sedikit kelakar,” katanya.
Dalam pada itu, Lizzy turut bertanyakan jika ada pasangan diluar sana yang turut mengalami masalah sama.
“Ada tak pasangan yang dah kahwin pernah berhadapan dengan masalah ini? Kenapa saya macam ini hahah” tulisnya.