Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsikan anak perempuannya, Cik B pernah diejek sehingga takut untuk ke sekolah.
Menerusi perkongsian di Threads, Vida berkata Cik B diejek hitam dan hodoh, malah ada yang mengatakan ibu menjual produk memutihkan kulit tetapi anak berkulit gelap.
BACA: “Cik B Menyesal, Bila Jumpa Dia Dah Tiada, Kali Terakhir Jumpa Masa Kecil”
View on Threads
Vida turut mendedahkan dia pernah memaksa anaknya itu untuk memakai sabun keluarannya ketika usia 12 tahun namun pada usia tersebut Cik B suka bermain di luar dan terdedah cahaya matahari.
“Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam, hodoh. Mak jual produk putih tapi anak hitam.
“Waktu ni Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun Qu Puteh Tomato tapi Cik B tak nak. Yalah, umur masih muda, tak fikir nak jaga kulit dan sebagainya, hanya suka main panas,” katanya.
Bagaimanapun, Vida berkongsikan apabila sudah dewasa Cik B sudah pandai menjaga kulit wajah tanpa dipaksa.
“Tapi bila dah besar, Cik B dah pandai jaga diri, jaga kulit muka. Tak payah paksa, sendiri guna sabun tomato. Siap minta stok lagi tu,” katanya.