Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah menzahirkan penghargaan dalam satu coretan istimewa buat suami tercinta, Kapten Amrul Nizar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Fie berkata suaminya sangat sporting sepanjang persiapan perkahwinan mereka serta mengikut apa yang dirancangkan olehnya.

BACA: Lufya Mohon Maaf, Perjelas Salah Faham Perkenalan Dr Fie & Suami

“Terima kasih sebab sangat sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita. Saya tahu semuanya agak hectic, penat dan kadang-kadang overwhelming.

“Tapi awak tak pernah merungut, apatah lagi nak bertekak dengan saya. Awak hanya ikut saja perancangan dan menyokong apa saja yang saya dan keluarga rancangkan,” tulisnya.

Sementara itu, Dr Fie turut menghargai kejutan yang dibuat oleh suaminya pada hari perkahwinan mereka dan ianya cukup bermakna buatnya.

“Paling saya hargai, terima kasih atas kejutan sweet moments, awak twirl baju wedding saya yang cantik tu. Nampak macam simple tapi percayalah, moments macam tu sangat bermakna untuk saya.

Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ni. But you made the whole journey so much sweeter,” tulisnya.

×