Syed Saddiq Larang Panggil Ara ‘Tempoyot’

Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan momen Syed Saddiq dan Bella Astillah bersama anak-anak tiba di Sabah untuk Kenduri Rakyat berlangsung hari ini.

Menerusi perkongsian video itu, ada peminat yang sudah menunggu di lapangan terbang menantikan ketibaan pasangan itu.

BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Buat Kejutan Bawa Mama & Abuya Tunai Umrah 

View on Threads

Kedengaran dalam video itu ada yang memanggil Ara dengan gelaran ‘tempoyot’. Bagaimanapun, Syed Saddiq menegur agar tidak memanggil anak tirinya dengan panggilan berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq yang menjaga Ara. Malah, netizen mengatakan lebih manis jika memanggil Ara sahaja kerana bimbang nama gelaran tersebut akan menjadi sebutan sehingga dewasa kelak.

×