Isteri kepada penyampai radio, Ismahalil iaitu Nor Haslinda berkata suaminya sering berpuasa dan berat badan sedikit susut ketika dia melawatnya di Penjara Kajang.
Memetik BH Online, Haslinda berkata suaminya sudah mempunyai peguam bela untuk mewakilinya di di Mahkamah Persekutuan namun masih mencari tarikh untuk perbicaraan.
BACA:Ismahalil Menangis, Sujud Syukur Dilepas, Bebas Hukuman Gantung
“Alhamdulillah… segala-galanya sudah ada dan hanya tunggu tarikh. Saya pun ada pergi melawat dia (Ismahalil) di Penjara Kajang dan mendapati berat badannya susut sikit.
“Dia pun selalu puasa dan di dalam sana dia jadi orang masjid. Dia juga ada hubungi saya dan maklumkan banyak aktiviti sukan dekat situ,” katanya.
Pada 7 Ogos lalu, Ismahalil dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.
Sumber: BH Online