Menantu Makcik Tarik Leher Telefon Bella Astillah, Mohon Maaf 

Menanti kepada wanita yang mencium pelakon Bella Astillah ketika di hari persandingannya di Muar, Johor baru-baru ini tampil memohon maaf.

Menerusi panggilan yang di buat di satu stesen radio, menantu kepada warga emas berkenaan memohon maaf atas tindakan ibu mentuanya yang teruja bertemu dengan Bella.

BACA: “Tak Akan Berjaya Tanpa Kesetiaan Isteri Di Sisi” – Syed Saddiq Hargai Bella Astillah

Menurutnya lagi, dia cuba menghubungi Bella di media sosial dengan menghantar mesej namun tiada jawapan balas.

“Itu adalah ibu mentua saya. Kami satu keluarga memohon maaf atas keterujaan ibu saya.

“Saya betul-betul minta maaf, itu di luar jangkaan. Kami cuba hantar DM tapi tiada respon. Kebetulan tengok Bella di Era, itu yang saya telefon,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata tiada sebarang kecederaan berlaku serta memohon maaf kerana video tersebut tular serta meminta wanita itu menyampaikan salam kepada ibu mentuanya.

“Saya sendiri tuan punya badan tiada masalah, tiada kecederaan. Bagi pihak saya, minta maaf kerana mungkin ada peminat yang terlebih prihatin menularkan video ibu mentua.

“Terima kasih kerana menghubungi saya. Jangan risau, benda ini di luar jangkaan. Saya okay sahaja. Sampaikan salam kepada ibu mentua,” katanya.

×