Pelakon Bella Astillah berkata dia sedang menyesuaikan diri dengan rutin selepas bergelar isteri dan bersama dua anaknya berpindah ke rumah suaminya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq.
Memetik Astro Gempak, Bella berkata perjalanan rumah tangga mereka masih jauh serta mahukan yang terbaik.
BACA: Bella Astlilah Terharu Suami Pertahan Dirinya
“Bella masih menyesuaikan diri sebab Bella berpindah ke rumah YB dengan anak-anak, jadi nak mulakan rutin baharu. Macam hanya kita berempat. Setakat ini alhamdulillah. Jauh lagi perjalanan kami, jadi Bella hanya inginkan yang terbaik, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata selepas seminggu berkahwin dia melihat suamianya seorang yang ringkas dalam pemakanan.
“YB orangnya sangat ringkas. Bella ingat kalau sarapan itu Bella kena siapkan nasi lemak atau mi sup, tetapi dia Nestum sahaja. Kadangkala kalau hujung minggu, penkek. Jadi mudahlah untuk Bella Astillah,” katanya.
Sumber: Astro Gempak