Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia sememangnya mempunyai tabiat mencatat perkara-perkara penting dalam buku nota.
Memetik Astro Gempak, Saddiq berkata dia mempunyai sebab mengapa membawa buku nota di majlis resepsi dimana dia ada menulis ucapan pada hari perkahwinan namun memilih untuk memberikan ucapan dari hatinya.
BACA: Syed Saddiq Gembira Bangun Pagi Ada Isteri Di Sisi
“Ada, notobook ada bawa sebab tadi saya tulis untuk ucapan, tetapi ialah akhirnya lebih baik ucapan daripada hati ke hati jadi, notebook tu letak di belakang sahajalah,” kongsinya.
Sementara itu, Saddiq berkata menerusi buku nota itu dia menulis serta abadikan kenangan yang dilalui agar dapat dikenang kembali kelak sebagai ingatan dalam bentuk kata-kata.
“Notebook itu pada saya sangat penting. Kadang-kadang orang perkecilkan tetapi realitinya sebagai seorang manusia…
“Sebagai contoh, ada beberapa momen paling manis yang saya lalui bersama Bella. Saya mahu mengabadikannya melalui coretan. Yalah, kadang-kadang orang ingat mungkin memori ni
sempurna. Kita boleh ingat selamanya, tetapi dengan menulisnya, kita mengabadikannya melalui kata-kata, bukan sekadar tindakan,”katanya.
Dalam pada itu, Saddiq berkata tindakannya menulis dalam buku nota sudah diamalkan sejak dulu lagi ketika dia mempelajari bahasa Inggeris seinggakan isteri ketawa dia turut membawanya masuk ke tandas.
“Tetapi bagi diri saya daripada dulu lagi dah macam tu. Mungkin orang tak kenal saya daripada dulu bila saya nak belajar bahasa Inggeris pun setiap perkataan baru yang saya belajar, memang saya akan catat terus dan aplikasikan 10 kali setiap hari. That’s not something new.
“Saya dah buat dua-dua, kadang-kadang Bella ketawa tengok saya masuk tandas pun kadang-kadang ada notebook. Some of the best ideas can originate from the toilet,” katanya.
Sumber: Astro Gempak