Tidak hanya berdiam diri, pelakon Ruhainies mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa memfitnah dirinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Ruhainies berkata dia turut mengambil tindakan undang-undang serta memandang serius isu berkenaan.
BACA: “Jangan Campur Aduk Dengan Isu Peribadi” – Ruhainies Mahu Dikenali Dengan Bakat Lakonan

Dalam hantaran berkenaan Ruhainies turut memuat naik gambar laporan polis yang telah dibuat namun dokumen itu dikaburkan.
“Saya telah pun mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang. Kali ini, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dan memastikan perkara ini ditangani dengan serius sehingga ke akhirnya.
“Saya memandang serius perkara ini. Saya akan tetap dengan pendirian dan mengambil segala tindakan yang perlu. Saya tidak akan berundur selagi tindakan sewajarnya belum diambil dan keadilan ditegakkan,” katanya.