Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia terharu suaminya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil mempertahankan dirinya susulan dakwaan mereka tidak sekufu.
Memetik Astro Gempak, Bella berkata dia tidak tahu mengenai ucapan suaminya itu namun terharu kerana ada individu yang ikhlas pertahankan dirinya.
BACA: “Terima Kasih Kerana Memilih Mommy, Terima Kami Seadanya” – Ucapan Ayden Undang Sebak
“Saya memang tak tahu sebab dia tidak cakap apa ucapan yang dia mahu berikan. Saya rasa sangat terharu sebab saya lega ada orang yang sayang saya bersama anak-anak dengan ikhlas dan mempertahankan saya,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia tidak pernah meminta suaminya untuk mempertahankan dirinya secara terbuka kerana sebagai selebriti sudah menjadi asam garam berdepan kata-kata negatif netizen.
“Itu sebenarnya jauh lebih cukup, saya tak pernah terfikir atau meminta YB untuk keluar statement atau pun pertahankan saya sebab saya rasa ini adalah lumrah sebagai seorang selebriti.
“Apa sahaja yang dilakukan akan diperhatikan, jadi saya terima seadaanya. Jadi bila YB hari ini di depan semua orang dia… bukanlah mempertahankan, saya faham dia tak nak saya sedih. Saya sangat gembira, terima kasih, terima kasih untuk itu. Alhamdulillah,” katanya.
Sumber: Astro Gempak