Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani menitipkan nasihat buat anak dan menantunya, Bella Astillah mengenai kehidupan alam rumah tangga.
Sharifah Mahani berkata perkahwinan bukan saja mengenai saling mencintai tetapi amanah serta tanggungjawab yang perlu dipikul.
BACA: “Terima Kasih Kerana Memilih Mommy, Terima Kami Seadanya” – Ucapan Ayden Undang Sebak
“Hari ini adalah hari yang bermakna untuk kedua-dua anak kesayangan mama, Saddiq dan Bella. Apa yang mama dan abuya dapat katakan, perkahwinan ini bukan sahaja merupakan percintaan antara dua orang, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan,” katanya.
Turut menjadi perhatian, Sharifah Mahani turut berkongsikan mengenai sikap anaknya yang gemar berdebat. Menurut Sharifah Mahani lagi, dalam perkahwinan pasti akan berlaku perdebatan namun mengingatkan anaknya memberi peluang kepada Bella untuk sentiasa menang.
“Saddiq ini selalu di Parlimen, dia berdebat. Di mana-mana sekalipun, kalau pergi pasar pun dia akan berdebat. Buat apa beli ayam, ayam tak bagus? Kenapa beli sayur, sayur tak bagus?
“Tapi apabila dia dah masuk dalam alam rumah tangga, perdebatan akan berlaku sayang. Tapi beri peluang Bella untuk menang sentiasa,” pesannya.