Pelakon Yusuf Bahrin berkata dia masih belum terfikir untuk mencari penggai selepas bercerai dengan penyanyi Zizi Kirana.

Memetik Astro Gempak, Yusuf berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada lakonan dan keluarganya serta belum ke arah menjalin perhubungan.

BACA: Yusuf Bahrin ‘Belanja’ Badan Lepas Cerai, Netizen Puji Makin Kacak  

“Yang mendekati saya menjauhi. Saya belum berfikir ke arah mencari pasangan. Saya tak mahu ganggu fokus dengan apa yang saya sedang usahakan.

“Saya hanya fokus pada karier berlakon, berniaga dan keluarga. Kalau ke arah untuk percintaan, belum lagi. Saya juga tak letak target, hanya nikmati hidup yang sekarang,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gelaran ‘duda hot’ diberikan kepadanya, dia menganggap hanya gurauan asalkan tidak melampaui batas.

“Gelaran itu saya rasa mereka bergurau saja. Saya terima saja, selagi tidak melampaui batas. Nak bergurau, saya okey cuma jangan sampai melebih,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×