Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Spacedollah mendedahkan adiknya berlatih lafaz akad nikah sebanyak 99 kali kerana terlalu gemuruh.
Memetik Astro Gempak, Spacedollah menyifatkan adik iparnya itu seorang yang sangat baik serta meminta untuk tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang lain.
BACA: “Setialah Dengan Seorang, Jatuh Cintalah Dengan Orang Yang Sama Setiap Hari” – Bapa Bella
“Bella kamu sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain. Sebagai keluarga, kami terima kamu siapa diri kamu hari ini dan sejak kenal kamu
“Kepada Saddiq. Saya tahu awak sedang gemuruh sebab awak baca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali,” katanya.
Sementara itu, Spacedollah berkata adiknya kini mempunyai dua anak yang bijak iaitu Ayden dan Ara serta gembira Saddiq dan Bella kini sah bergelar suami isteri.
“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara. Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang outstanding,” katanya.
Sumber: Astro Gempak