Kalau korang jenis suka buat projek DIY, kraftangan atau selalu pening nak cari idea untuk aktiviti sekolah, xTool M2 mungkin boleh jadi ‘game changer’ korang. Bukan sekadar mesin laser untuk potong dan ukir, M2 hadir dengan fungsi cetak warna penuh dan pelbagai modul yang boleh disesuaikan ikut projek.

Direka sebagai mesin kraf yang mudah digunakan di rumah, xTool M2 menggabungkan teknologi laser, percetakan warna dan fungsi pintar dalam satu mesin. Pendek kata, dari idea dalam kepala sampai jadi produk sebenar, semuanya boleh dibuat dalam satu tempat.

Nak Buat DIY Dekat Rumah? Memang Boleh!

Daripada hiasan rumah, hadiah yang boleh diperibadikan, papan tanda, keychain sampailah projek kreatif untuk sambutan tertentu, M2 boleh digunakan untuk pelbagai jenis projek.

Menariknya, mesin ini menyokong pelbagai bahan termasuk kayu, akrilik, kain, felt dan kertas dengan ketepatan pemotongan yang sesuai untuk projek yang mempunyai rekaan lebih terperinci.

Kaki Kraftangan Memang Boleh ‘Go Wild’

M2 mempunyai reka bentuk modular dengan pilihan laser diod 10W atau 20W, laser inframerah 3W dan modul inkjet CMYK.

Nak ukir rekaan halus? Boleh. Nak potong dengan lebih pantas? Ada pilihan 20W. Nak ukir pada permukaan logam? Modul inframerah 3W boleh digunakan. Nak hasilkan rekaan berwarna-warni pula, ada modul cetakan CMYK.

Pelajar Pun Boleh Buat Projek Sekolah Lagi Menarik

Untuk pelajar, M2 boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai projek kreatif seperti model, papan tanda, hiasan, label atau bahan pembentangan yang lebih menarik.

Malah, terdapat lebih 5,000 idea projek DesignFind dan fungsi AImake yang boleh membantu menghasilkan rekaan bersedia untuk laser hanya melalui arahan ringkas. Jadi kalau dah buntu nak fikir design, ada juga bantuan untuk mulakan idea.

Guru Pun Boleh Manfaatkan Untuk Bahan Mengajar

Bukan pelajar saja yang boleh ‘enjoy’. Guru juga boleh menggunakannya untuk menghasilkan bahan pembelajaran, bahan visual dan projek hands-on yang boleh menjadikan aktiviti dalam kelas lebih interaktif.

M2 sememangnya turut diposisikan untuk kegunaan golongan pendidik dan pembelajaran berasaskan projek.

Yang Paling Menarik, BOLEH CETAK WARNA!

Kalau mesin laser biasa biasanya fokus kepada potong dan ukir, M2 tampil dengan fungsi cetak warna penuh menggunakan CMYK.

Fungsi cetak dan potong juga boleh digabungkan dalam satu aliran kerja, jadi korang boleh hasilkan pelekat, label dan pelbagai projek kreatif dengan rekaan berwarna tanpa perlu berpindah-pindah mesin.

Tak Payah Agak-AgaK Kedudukan Bahan

M2 dilengkapi dua kamera yang memberikan paparan ruang kerja secara langsung. Ada juga fungsi seperti Place & Go untuk membantu korang meletakkan rekaan pada kedudukan yang lebih tepat sebelum mula bekerja.

Maksudnya, kuranglah situasi tersalah letak bahan atau potong di tempat yang tak sepatutnya.

Dari Projek Kecil Sampai Projek Lebih ‘Serius’

Ruang kerja M2 berukuran 426 × 320mm, manakala sokongan rotary membolehkan objek berbentuk silinder seperti tumbler, bola besbol dan cincin turut digunakan untuk projek ukiran tertentu.

Untuk yang baru nak bermula pula, terdapat lebih 300 tetapan bahan Material EasySet bagi membantu memudahkan proses memilih tetapan yang sesuai.

Tak Perlu Risau, Ia Direka Dengan Aspek Keselamatan

Untuk kegunaan di rumah, M2 mempunyai reka bentuk tertutup sepenuhnya dan perlindungan Class 1, selain ciri yang direka untuk mengurangkan asap dan bau semasa proses kerja. Ia juga dinyatakan mendapat pensijilan TÜV SÜD.

Jadi, sama ada korang kaki DIY, suka buat kraftangan, pelajar yang nak hasilkan projek kreatif atau guru yang mahu jadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik, xTool M2 memang menawarkan banyak kemungkinan dalam satu mesin.

Daripada potong, ukir, cetak warna sampailah hasilkan rekaan sendiri. Satu mesin, macam-macam boleh buat!

Korang yang nak cuci mata jangan lupa tengok SINI okey!

×