Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia pernah berdepan tekanan apabila berat badannya pernah mencecah 84 kilogram.
Menerusi satu hantaran di Threads, disebabkan itu juga turut memberi kesan pada kesihatan fizikalnya dan dia mengambil mudah mengenai perkara itu.
BACA: “Saya Tak Potong Perut” – Shila Amzah Berjaya Turun Berat Badan 12 Kg

“Saya sangat trauma ketika berat saya 84 kg dengan ketinggian 165 cm. Lutut, buku lali sering sakit. Saya pernah memandang remeh soal kesihatan.
“Masa PKP lagi la paling teruk. Saya jenis yang berat badan turun naik (yoyo), tapi tak pernah berhenti bersenam. Tapi, stres dan tidur tak cukup pun punca,” katanya.
Sementara itu, Shila berkata dia tidak mahu lagi kembali ke berat badan seperti itu dan lebih peka dalam menjaga kesihatan.
“Disebabkan semua itu, saya kini lebih peka terhadap apa yang saya ambil dalam badan. Saya tidak mahu lagi kembali ke berat badan dengan ketinggian itu. Doakan saya terus istiqamah ya semua,” tulisnya.
Terdahulu, Shila mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan.