Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming berkata setiap kali pergi bercuti dia tidak akan membeli cenderahati.
Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Khairul Aming berkata rakan-rakannya juga mengetahui apabila bercuti dia tidak akan membawa pulang cenderahati.
BACA: “Satu Sen Pun Saya Ambil Kira” – Khairul Aming Jaga Keberkatan Dalam Berniaga
“Sejujurnya, kalau saya pergi bercuti saya memang tak beli cenderahati. Saya malas nak beli. Kalau saya pergi bercuti, kawan-kawan dah tahu saya tidak akan bawa balik apa-apa.
“Kalau mereka pergi bercuti pun, saya cakap perkara yang sama. Tak perlu bawa balik cenderahati,” katanya.
Dalam pada itu, Khairul Aming berkata dia memahami ada yang tertekan untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang kerana bimbang ada yang berkecil hati.
“Jangan stres. Kadang-kadang kesian tengok orang ada yang tertekan nak cari cenderahati sebab takut orang terasa hati,” katanya.